Perkaitan antara Kawalan Biologi dengan Sains dan Wahyu

Teknologi pertanian di negara kita pada masa kini berada pada tahap yang membanggakan. Pelbagai penemuan penyelidikan yang ditemui oleh institusi penyelidikan seperti MARDI dan FAMA telah banyak memberi manfaat kepada para petani di negara kita.

Kaedah kawalan mahluk perosak secara konvensional telah lama digunakan oleh para petani di negara kita. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggunakan racun atau pestisid yang di sembur atau di tabur kepada tanaman pertanian. Jika dilihat dari mata kasar cara ini amat menguntungkan dari segi kos dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pertanian. Dengan ini hasil pendapatan para petani juga bertambah.

Tetapi adakah kita sedar bahawa kaedah kawalan ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan. Ganguan ekologi alam sekitar, kesan kepada para pengguna malah kepada para petani sendiri adalah beberapa faktor yang membuatkan Pusat Penyelidikan MARDI menjalankan peyelidikan kawalan mahluk perosak menggunakan kawalan biologi.

Kawalan biologi merupakan kawalan terhadap mahluk perosak dengan menggunakan agen biologi. Sebagai contoh, pengawalan populasi tikus di ladang kelapa sawit. Dalam pengawalan ini agen biologi yang digunakan adalah burung hantu. Burung hantu merupakan pemangsa kepada tikus akan dapat mengurangkan populasi tikus di kawasan berkenaan dan seterusnya kadar kerosakan hasil tanaman dapat dikurangkan.

Diantara faedah penggunaan kawalan biologi adalah dengan penghasilan bahan makanan, hasil perhutanan dan tanaman yang tinggi dan berkualiti, pengurangan pendedahan kepada bahan kimia pertanian yang merbahaya kepada petani dan pengguna serta penyumbang yang sangat berkesan terhadap taraf kesihatan masyarakat sesebuah negara itu.

Perkaitan di antara sains dan wahyu dalam penggunaan kawalan biologi ini adalah amat ketara sekali. Ilmu sains digunakan dalam penyelidikan untuk mendapatkan kaedah atau cara terbaru dalam kaedah pengawalan. Ini mengajak manusia menggunakan akal fikiran untuk berfikir.Sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat 269 yang bermaksud :

Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna)kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu makasesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikiranya.

 

Manusia dijadikan oleh Allah dengan sempurna. Manusia dikurniaka akal dan fikiran. Kelebihan inilah yang membezakan manusia dengan haiwan. Akal yang sempurna seharusnya digunakan untuk tujuan kebaikan bukan untuk merosakkan alam ini. Manusia juga merupakan khalifah di bumi ini. Sebagai seorang kalifah, manusia memerlukan panduan agar pentadbiran yang dilaksanakan akan mendatangkan manfaat terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain. Justeru itu Allah telah menurunkan wahyu kepada para rasul dengan tujuan menjadi panduan dan iktibar kepada manusia di dalam menjalankan kegiatan hariannya di bumi ini.

Allah S.W.T berfirman dalam surah An Nisaa’ ayat 163 yang bermaksud :

Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada nabi Nuh, dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada nabi Ibrahim, dan nabi Ismail, dan nabi Ishak, dan nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya, dan nabi Isa, dan nabi Ayub, dan nabi Yunus dan nabi Harun, dan nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada nabi Daud : kitab Zabur.

Secara keseluruhannya penemuan sains dan teknologi seperti penemuan kawalan makhluk perosak secara biologi adalah hasil pemerhatian dan pemikiran yang dilakukan oleh para penyelidik terhadap alam sekeliling. Dengan panduan dan rujukan dari sumber wahyu iaitu Al Quran telah memberikan kesedaran bahawa tugas menguruskan alam ini adalah sebahagian dari tanggugjawab yang mesti di lakukan. Di harap dengan penemuan ini, maka keseimbangan ekologi alam akan dapat dicapai tanpa menyebabkan kemudaratan kepada makhluk-makhluk yang lain. Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh manusia di bumi ini.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al an’aam ayat 165 yang bermaksud :

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sestengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNYakepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.