Kaedah Fermentasi Dalam Proses Pembuatan Arak dan Kaitannya Dengan Wahyu.
Istilah Fermentasi diperolehi daripada perkataan latin iaitu fervere yang bermaksud menjerang atau mendidih. Pendidihan ini menghasilkan gelembung-gelembung CO2 yang disebabkan oleh katabolisme anaerobik gula yang mewakili bahan ekstrak. Proses ini dilakukan oleh mikro organisma.
Kaedah ini telah digunakan dengan meluas dalam proses pembuatan makanan. Tujuan utama adalah untuk menghasilkan satu kaedah penyimpanan makanan yang tahan lebih lama, mampu mengekalkan rasa tanpa mengubah struktur makanan tersebut.
Proses membuat arak banyak mengunakan kaedah ini. Arak merupakan satu bahan yang memabukkan dan membahayakan kesihatan. Agama Islam melarang sama sekali umatnya menghampiri arak.
Firman Allah yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan sembelihan-sembelihan untuk berhala, dan undi-undi nasib itu kotor dari pekerjaan-pekerjaan syaitan. Oleh kerana itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu mendapat kejayaan.
Surah Al Maidah ayat 90
Terdapat beberapa sebab mengapa Allah mengharamkan umat Islam daripada mendekati arak. Antaranya:
Kesan arak terhadap akal.
Arak boleh mendatangkan kemudaratan pada otak manusia.Otak merupakan sasaran utama arak. Sekiranya otak telah hilang pertimbangan maka seluruh anggota akan terjejas. Otak adalah tempat pemberi arahan.Maka arahan ini akan disalurkan kepada anggota yang lain.
Arak yang meresap didalam otak akan meninggalkan anggota-anggota ynag lain bersendirian tanpa kawalan. Anggota-anggota tersebut akan lemah dan tidak bermaya.
Islam begitu mementingkan kesihatan otak. Bagi Islam, otak hanya boleh digunakan untuk berfikir kepada kebaikan.Bagi menjaga keberkesanannya, Islam telah mengharamkan arak dan benda-benda yang memabukkan.
Kesan Arak Terhadap Kesihatan
Terdapat banyak kesan arak terhadap kesihatan antaranya penyakit darah tinggi,kesan terhadap organ seperti hati, limpa, saluran kencing dan sebangainya.
Kesan Akhlak Terhadap Akhlak.
Orang yang minum arak atau mengambil bahan-bahan memabukkan dan menghayalkan seperti dadah akan mengalami kejutan mental. Jiwa mereka akan sentiasa memberontak untuk meneruskan ketagihan mereka.
Kebanyakan kejadian jenayah adalah disebabkan benda-benda tersebut. Mereka yang sudah ketagih, akan cuba mendapatkan bekalan secara berterusan. Setiap bekalan pasti ada pertukarannya. Wang sebagai ganti.
Untuk mendapatkan wang mereka boleh melakukan pelbagai cara seperti membunuh, merompak, memeras ugut dan banyak lagi.
Sebagai kesimpulan arak itu memudaratkan. Teknologi yang memberi manfaat kepada manusia telah di salah gunakan untuk tujuan yang tidak berfaedah.
Firman Allah yang bermaksud
Mereka akan bertanya kepadamu, dari hal arak dan judi. Katakanlah: (Bahawa) dua-dua perkara itu ada dosa yang besar dan ada beberapa manfaat bagi manusia, tetapi doa keduanya lebih besar daripada manfaat keduanya.
Surah Al Baqarah ayat 219.